PERMATA 2009









1.0 PENGENALAN

Ramai di antara kita yang tidak mengenali kaum orang Asli di Malaysia, jauh sekali mengambil tahu tentang kewujudan mereka serta memahami penggabungan mereka dengan masyarakat Malaysia secara amnya. Justeru itu, bertitik tolak kepada ingin mengenali dengan lebih dekat lagi, maka kami membangunkan blog ini yang diberi nama Portal Permata Orang Asli untuk memudahkan masyarakat mengenali dengan lebih dekat lagi tentang tamadun dan masyarakat orang asli. Selain itu juga, Blog ini di bangunkan adalah sebagai salah satu tugasan kami bagi Subjek UHR1012 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Universiti Malaysia Pahang

2.0 OBJEKTIF BLOG PERMATA ORANG ASLI

- Mendedahkan kepada Mahasiswa tentang Tamadun Masyarakat Orang Asli dan sumbangannya kepada Negara kita

- Melahir kesedaran kepada kita bahawa Masyarakat Orang Asli adalah masyarakat yang begitu unik dan kaya dengan keasliannya.

- Melahirkan mahasiswa yang dapat menyumbangkan ilmu kepada masyarakat orang asli di mana masyarakat ini antara masyarakat yang miskin.

- Dengan mengetahui tamadun masyarakat orang asli dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahirm sesama kita.

~ORANG ASLI~


Terdapat kira-kira 140,000 Orang Asli di Malaysia, kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan adalah penduduk pri bumi negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Secara rasminya masyarakat Orang asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.

Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Adat resam berikut akan memperlihatkan adat resam yang diamalkan di kalangan masyarakat Orang Asli secara keseluruhan.

Monday, March 23, 2009

TAMADUN MASYARAKAT ORANG ASLI



SIAPA ORANG ASLI

Takrif Orang Asli:

Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu;

Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Ora
ng Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau;

Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bah
awa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada masyarakat Orang Asli;

Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli se
mata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu.
FAKTA SEJARAH

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.

Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 149,723 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa



KAUM MELAYU PROTO



Orang Proto-Malay tinggal berjiran dengan Orang Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Adat resam dan kebudayaan mereka boleh dikatakan ada persamaan tertentu dengan orang melayu. Kebanyakkan perkampongan mereka kini terletak di dalam kawasan bandar dan pinggir. 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Melayu-Proto ialah Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar.

A. Kuala

Orang Kuala di percayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Mereka ini kebanyakannya tinggal menetap di kuala-kuala sungai di pesisiran pantai selatan negeri Johor. Kini Orang Kuala tinggal menetap di daerah Batu Pahat dan di daerah Pontian. Terdapat 315 keluarga Orang Kuala di daerah Batu Pahat dari 5 buah kampung yang berjumlah 1309 orang dan 4 buah kampung yang berjumlah 214 keluarga yang berjumlah seramai 1018 orang di daerah Pontian.

B. Kanaq

Orang Kanaq terdapat di kawasan pinggir di kampung Selangi, Mawai daerah Kota Tinggi Johor merupakan suku kaum yang terkecil bilangannya iaitu 17 keluarga seramai 65 orang. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Kanaq tinggal menetap di kampung Selangi.

C. Seletar

Orang Seletar atau "Sea Gypsies" merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal dalam perahu, di pulau, persisiran pantai, dan kuala sungai. Kawasan utama petempatan mereka ialah di persisiran pantai Selatan Johor dan utara Singapura.

Secara tradisinya, mereka bergantung kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup berpindah-randah. Walau bagaimanapun perubahan dalam sosio-ekonomi telah merubah cara hidup mereka. Kini mereka tinggal menetap di kawasan petempatan yang lebih teratur dan tersusun di Persisiran Pantai Selat Johor. Mereka juga menangkap ikan menggunakan peralatan moden. Ada di antara mereka yang bekerja di kilang perindustrian.Mereka mengamalkan animisme dan ada di antara mereka yang telah menganut Agama Islam.

D. Jakun

Bangsa Jakun (Orang Ulu), daripada suku kaum Melayu Asli (Melayu Proto) yang tinggal di selatan Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan Cina). Mereka masih mengamalkan animisme. Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka percaya kampung mereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggar pantang larang.

E. Semelai

'Semelai' adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku bangsa Melayu Asli (Proto Malay). Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu.

F. Temuan

Orang Asli Temuan adalah dari kumpulan Melayu Asli (Proto Malay). Mereka tinggal di Selangor, Melaka, Pahang, Daerah Muar, Johor dan Negeri Sembilan. Suku Bangsa Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih dan tidak banyak bezanya daripada adat Suku Bangsa Temuan di negeri lain.


KAUM NEGRITO




A. Kensiu

Orang Kensiu tinggal di kawasan pinggir di daerah Baling, Kedah. Satu ketika dahulu Orang Kensiu suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kensiu sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Hanya terdapat sebuah perkampungan Orang Kensiu di daerah Baling, negeri Kedah iaitu Kampong Lubuk Legong.

Pada masa ini kampung Lubuk Legong telah di lengkapi dengan kemudahan bekalan api letrik, bekalan air dan lain-lain prasarana seperti Balairaya dan Pusat Bimbingan Kanak-kanak. Punca pendapat utama adalah hasil tanaman Getah yang di bangunkan oleh RISDA dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Sehingga kini terdapat 39 keluarga seramai 204 orang.

B. Kintak

Orang Kintak tinggal di kawasan pinggir di daerah Gerik, Hulu Perak. Satu ketika dahulu Orang Kintak suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kintak sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Terdapat sebuah perkampungan Orang Kintak terdiri dari 25 keluarga yang berjumlah 112 orang

C. Lanoh

Orang Lanoh tinggal di kawasan pedalaman daerah Hulu Perak negeri Perak. Satu ketika dahulu Orang Lanoh suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Kini terdapat 3 buah perkampungan yang berjumlah 359 orang.

D. Jahai

Suku bangsa Jahai merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito iaitu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay (Melayu Asli). Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan.

Pada amnya rupa paras orang Jahai seakan-akan Orang Habsyi atau Negro di Afrika, Kaum Andaman dan Aeta di Filipina.

Kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Suku bangsa Jahai suka membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah-randah. Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk.

Kini, amalan berpindah-randah semakin kurang diamalkan kereana mereka telah menerima bantuan daripada agensi kerajaan.

E. Mendriq

Orang Mendriq tinggal di kawasan pedalaman Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Mendriq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Mendriq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Sebuah perkampungan Orang Mendriq di daerah Gua Musang terdiri 14 keluarga yang berjumlah 82 orang.

F. Bateq

Orang Bateq tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan selatan Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Bateq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung di daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang. Negeri Kelantan terdapat 4 buah kampung di Pos Lebir yang penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang. Di negeri Terengganu terdapat 12 keluarga seramai 41 orang.



KAUM SENOI




Orang-orang Senoi mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan Pahang. Terdapat 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Senoi iaitu Che Wong, Mahmeri, Jahut, Semoq Beri, Semai dan Temiar

A. Temiar

Pemilihan penempatan Suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh Penghulu. Ini dilakukan dengan cara 'Berhalaq' (jampi) atau mimpi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti 'merbau' dan sebagainya.

Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya (takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu.

Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong- royong. Di peringkat awal petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang terebut, barulah mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina rumah sendiri.

Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuhan hutan.

B. Semoi

Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya terdapat di antara 60 hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang dilantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.

C. Semoq Beri

Orang Semoq Beri tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu. Satu ketika dahulu Orang Semoq Beri berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat, kini Orang Semoq Beri sudah mula mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Di negeri Pahang terdapat terdapat 5 buah kampung di Jerantut yang berjumlah 95 keluarga seramai 735 orang. Daerah Maran berjumlah 5 buah kampung terdiri 197 keluarga seramai 935 orang dan daerah Kuantan terdapat 2 buah kampung berjumlah 67 kelamin seramai 366 orang. Di negeri Terengganu terdapat terdapat 1 buah kampung di Hulu Terengganu yang berjumlah 42 keluarga seramai 185 orang. Daerah Kemaman berjumlah 2 buah kampung terdiri 69 keluarga seramai 284 orang.

D. Jahut

Suku Bangsa Jahut terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Negeri Pahang. Di daerah Temerloh mereka tinggal di kawasan-kawasan yang dipanggil Kerdau-Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala Krau - Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong. Di daerah Jerantut mereka tinggal di Sungai Kiol dan Kekwel (Kol). Mereka menyara hidup dengan mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan menanam padi huma, jagung dan ubi.

E. Mah Meri

Mah Meri bermakna "Orang Hutan" sementara dalam istilah bahawa Mah Meri disebut "bersisik". Mereka juga dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai nelayan. Tidak ada bukti sejarah yang tepat ditentang asal-usul mereka, walau bagaimanapun mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh.

Kini masyarakat Mah Meri telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil dari percampuran dengan masyarakat lain.

F. Che Wong

Orang Che Wong tinggal kawasan pinggir di daerah Raub dan Temerloh, Pahang. Satu ketika dahulu Orang Che Wong suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Che Wong sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Daerah Raub terdapat 4 buah perkampungan dan daerah Jerantut 1 buah perkampungan Orang Che Wong yang berjumlah keseluruhannya 68 keluarga seramai 417 orang.




11 comments:

  1. Wahai adik-adikku tolong rujuk fakta sejarah terbaru.

    Keraguan-keraguan teori Orang Melayu datang dari Yunan:-

    1. Tarikh penghijrahan kedua-dua kelompok bercanggah dari bukti arkeologi. Bukti Arkeologi menyatakan manusia moden telah menghuni kepulauan Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu.
    2. Jika orang melayu berasal dari Selatan China, sudah tentu wujudnya persamaan dari segi bahasa pertuturan dan asas kebudayaan namun dari segi penelitian tiada satu pun ciri persamaan rumpun.

    Teori orang melayu bnerasal dr Nusantara:-
    Teori yang menyatakan orang melayu sebagai manusia asal yang memang telah wujud di Nusantara adalah berdasarkan bukti kebudayaan, bahasa dan geografi dan arkeologi.
    Berdasarkan bukti kebudayaan, menurut seorang ahli pengkaji sejarah iaitu Crawfurd menyatakan bahawa tanah asal orang melayu adalah di Sumatera dan Jawa berdasarkan perkembangan kebudayaan yang menonjol dari bahagian lain. Orang melayu telah bergerak dari Sumatera dan Jawa ke bahagian lain di Nusantara.
    Berdasarkan bukti bahasa, Marsden menyatakan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Polinesia, Melanesia dan Mikronesia. Induk bahasa-bahasa tersebut ialah Austronesia. Bahasa Austronesia tersebar ke Laut Pasifik, Lautan Hindi dan Nusantara tetapi tidak ke wilayah Asia Tengah (China).
    Dari segi bukti geografi, Nusantara ketika Zaman Pilosen (5-16 juta tahun) hingga Zaman Pleistosen (18 000 tahun) merupakan sebuah daratan yang luas yang mengandungi Semenanjung Tanah Melayu, Palawan, Jawa, Borneo dan pulau-pulau kecil Riau Lingga. Daratan ini dikenali sebagai Pentas Sunda.
    Semasa zaman pencairan glasier, pentas Sunda dan pentas Sahul (Australia dan New Guinea) ditengelami air dan beberapa daratan tinggi menjadi pulau. Pencairan Glaseir menyebabkan beberapa wilayah terpisah dan berlaku perpindahan ke bahagian yang tidak ditengelami air.
    Dari segi bukti Arkeologi, Penemuan ‘Java man’ atau manusia Jawa yang berusia dua juta tahun telah ditemui di Sambungmacan. Sebanyak 41 fosil manusia Jawa telah ditemui dan menjelaskan bahawa manusia moden merupakan keturunan manusia Jawa dan menjadi Induk manusia Austronesia.

    ReplyDelete
  2. saya nak tahu tentang perhambaan terhadap orang asli, dan perang sangkil boleh ceritakan diaspora orang asli dari segi sejarah,,,apa kaitan orang asli dengan teori penghijrahan dari afrika...apa hubungan orang asli dengan puak austronesia, malanesia dan polynesia...

    ReplyDelete
  3. "Dari segi bukti Arkeologi, Penemuan ‘Java man’ atau manusia Jawa yang berusia dua juta tahun telah ditemui di Sambungmacan. Sebanyak 41 fosil manusia Jawa telah ditemui dan menjelaskan bahawa manusia moden merupakan keturunan manusia Jawa dan menjadi Induk manusia Austronesia" ni MAKLUK sebelum turunya nabi adam,8000 s/m,,manusia moden ibduknya nabi Adam ler

    ReplyDelete
  4. Nabi adam bukan MAKLUK purba,turunya dia dgn akal,peradaban,kecerdikan,rupa paras yg lebih baik Dan sebaik baik makluk menurut al Quran Dan hadis,

    ReplyDelete
  5. ...sedikit nak celah dari pengistilahan iaitu TAMADUN. Perkataan atau istilah Tamadun itu daripada pemahaman saya adalah perkataan yang boleh digunakan kepada China, India, Timur Tengah yang telah berjaya menubuhkan satu Kerajaan manakala Orang Asli sama jugak dengan Melayu tidak ada TAMADUN lagi...betulkan saya jika salah...

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana berkongsi, ini membantu saya dalam penulisan esei ilmiah.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Boleh saya tahu nama sebenar blogger?? Utk jdi sumber rujukan kerja kursus saya.

    ReplyDelete

  9. 2. Jika orang melayu berasal dari Selatan China, sudah tentu wujudnya persamaan dari segi bahasa pertuturan dan asas kebudayaan namun dari segi penelitian tiada satu pun ciri persamaan rumpun. - bukti persamaan di dapati dari bahasa Khmer, umpamanya, "kompong "bermaksud kampung di Cambodia (Kampuchea) beragama Hindu. Merupakan suku etnik yang kecil. Banyak percakapan dipengaruhi bahasa Sanskrit, bahasa kuno dari India. Bahasa Khmer meminjam bahasa Sanskrit, Pali dari India, pengenalkan agama Hindu dan Buddhist secara langsung dan tidak langsung. Umpama perkataan, "raja, putra, putri, satria, Bumi, chakrawala", dsb berasal daripada bahasa dan tamaddun Hindu. Upacara seperti, sembah kepada raja juga berasal dari India. Lihat di Cambodia, Myanmar(Burma), Thai (Siam) banyak perkataan bahasa dipengaruhi dari suku kaum yang menetap di Yunnan Dan India. Orang Yunnan adalah suku kaum orang asli di selatan China mempunyai bahasa atau dialect tersendiri. Bahasa Mandarin adalah bahasa orang China Utara di Mongolia,dan kawasan bersempadan dengan Russia, Korea Dan kawasan berdekatan Utara China, sementara selatan China bertutur bahasa berlainan,sekarang bahasa pertuturan orang China selatan dikenali dialect. Kalau diungkap ,lebih 80% bahasa Melayu Sekarang berasal daripada Tamil, Sanskrit, Pali, China, Hokkien, Arab dsb. Migrasi moyang orang Melayu sekarang berlaku dahulu kala kerana beberapa sebab, peperangan, kebuluran, penindasan etnik dsb. Begitu juga oleh orang tiong hwa China, migrasi kerana peperangan, bencana Alam dsb. Saya membuat kajian terperinci berkenaan bahasa dan budaya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. https://journals.plos.org/plosone/article/figure?id=10.1371/journal.pone.0016338.t001

    ReplyDelete
  11. Research mtDNA yang dilakukan para saintis Oxford University UK, USM dan UKM Malaysia membuktikan orang Melayu terutama di semenanjung Malaysia punya hubungan genetik sama orang Asli.
    Percampuran antara etnik orang Asli zaman dulu, telah melahirkan etnik Melayu dengan DNA mitochondria leluhur orang asli Negrito Semang, orang Asli Proto Malayu dan orang Asli Senoi.
    Ini menunjukkan bahwa teori yang mengatakan orang Melayu berasal dari Yunan dan Indonesia tidak benar, kerana bertentangan dengan fakta genetik bahwa orang Melayu telah lahir lebih dulu di tanahnya sendiri. Sebagai contoh, masyarakat Melayu Kelantan dan Kedah mempunyai DNA mitochondria yang amat spesifik pada orang Asli Negrito Semang, sementara etnik Melayu lainnya amat spesifik pada orang Asli Proto Malayu.
    Tanpa orang Asli, maka tidak wujud orang Melayu.

    ReplyDelete